Soalan: No 4.
Seandainya, pihak konsultansi datang ke sekolah untuk melaksanakan program khas bagi pelajar tingkatan 3 dan 5, apakah kehendak pihak sekolah terhadap syarikat konsultansi.
Sekiranya pihak sekolah berminat terhadap program contoh "program Motivasi Pelajar", pihak sekolah akan melihat dari sudut:
1. bayaran, sekiranya bayaran itu berpatutan,pihak sekolah akan memberi peluang kepada pihak syarikat.
2. Pihak sekolah akan melihat sejauh mana syarikat tu sudah mengorak langkah.. biasanya kalau syarikat itu sudah ada nama maka dia mudah bergerak, tetapi kalau syarikat tu tidak terkenal,pihak sekolah akan tetap memberikan peluang untuk meneruskan program, yang penting ada kualiti dan bayaran murah
kesemuanya bergantung kepada first impression program yang kamu laksanakan..
Berdasarkan pada pengalaman cikgu, cikgu biasa jemput pakar motivasi dan bekas Dekan IPTA untuk buat program Motivasi selama 5 jam dengan bayaran tak silap cikgu dalam RM4000, dengan penyertaan pelajar seramai 300 pelajar... dan akhirnnya, pengetua kata.. lebih baik cikgu yang buat... so kamu boleh nilai laahh apa maksud cg..
dan ada jugak konsultan yang cikgu sendiri tak kenal, datang kesekolah nak buat program, bayaran memang makan ribu jugak lah.. kemudian motivator tu sendiri bukan seorang guru, so persembahan dia agak membosankan, so kalau kamu nak masuk kawasan sekolah kamu kena ada ilmu psikologi pendidikan, memang amat penting, sebab bila kita nak bisnes, biarlah bisnes tu berpanjangan, orang boleh jemput kita, tapi takut orang jemput kita untuk kali pertama dan terakhir sahaja,hahha nanti tutup bisnes..
Untuk Motivasi kerjaya, dia lebih kepada ilmiah, so benda macam ni memang agak membosankan, tetapi pihak pentadbiran tetap boleh terima sebab maklumat tu lebih penting,
Cadangan cikgu, kamu boleh tawarkan program sehari.. dalam program tu ada motivasi , permainan, persembahan, dan kesimpulan yang mencapai objektif papper work kamu tu.. so program macam ni memang tak borring.
Soalan no 3
risiko dan kebaikan
Jawapan:
Bila kita dah mula kan bisnes ni, sememang nya akan ada risikonya, biasanya dalam tempoh setahun, belum tentu balik modal, keuntungan tu kadang2 tak wujud pon dalam tempoh percubaan .. so kena sabaq laa.. sebab tu kalau kamu nak masuk ke kawasan sekolah kamu lantik motivator tu bekas pendidik atau yang ada latar belakang pendidikan,, dalam tempoh setahun kamu boleh tengok macam mana dia kendalian program, so bila nama syarikat kamu dah terkenal, kamu boleh bungkus motivator tu, dan kamu lah yang akan mengambil alih tempat dia.. so bergerak macam mna dia bergerak..
melalui pengalaman cikgu, ada seorag kaunselor, dia tak ada syarikat pon, tp program dia buat mmang best, walaupon dia sekarang sudah ada PhD, dan tidak lagi berkhidmat di sekolah, tapi cikgu dan kawan2 cg dari sekolah yang berbeza still menghubungi dia untuk buat program, sebab bayaran dia berpatutan,
*itu shj dari cg, kalo nak kongsi memang banyak, face to face, tapi kalo menaip ini je lah yang termampu..
* yang berkaitan dengan syarikat tu cg tak pandai, bole sikit2 ja, elok kamu tanya terus pada yang mahir.
No comments:
Post a Comment