Monday, December 31, 2012

Dataran Ikan Bakar Sungai Petani

Assalamualaikum...
Masih lagi tak mau pejam, sambil teman en. husben tengok bola, so tulis lagi kat blog ni..
Malam ni nak cerita tentang makan malam di dataran ikan bakar sungai petani.
Petang tadi penat sangat shopping campur perasaan malas untuk masak malam ni, so cadang lah dekat tuan tanah agar kami semua makan kat luar.
Atas permintaan rakyat jelata, so malam ni kami makan ikan bakaqq..

Tengah menanti ikan bakaq.. untuk makluman pembaca semua, apabila sampai saja kat dataran ikan bakar ni, anda terus ke kaunter untuk order makanan dan boleh pilih nak ikan apa, serta menu makan malam tersebut, sotong ada, udang ada, kerang ada, macam2 ada.. so tunjuk2 je lah.. jangan tunggu pelayan datang ke meja, kalau tunggu alamatnya anda tak makan lahh..

Cepat juga mereka sediakan makanan, dalam masa 20 minit dah siap.. mungkin menu kami sikit ja.. malam ni kami makan : ikan siakap bakar, udang saiz XL 4 ekor, Tomyam campur dan satu jag fresh oren, dan 6 pinggan nasi putih... jumlahnya RM 70 sahaja... ok laaa..

Masa untuk makan...
ok kalau sapa2 yang berminat boleh la datang ke DATARAN IKAN BAKAR sungai petani
Selamat Menjamu Selera

No comments:

Post a Comment