Assalamualaikum & Selamat Petang
Minggu pertama persekolahan sesi 2013 telah pon berlalu, cepatnya rasa, kembali pada rutin harianku,
Tahun 2013, aku agak sibuk.
Tugas Utama aku ialah:
1. Setiausaha Pengurusan dan Pentadbiran SMK Bertam Indah
2. Penyelaras Unit Bimbingan & Kaunseling
3. Pengerusi Kelab Staff SMK Bertam Indah
4. Ketua Rumah Sukan
(Biaq menyilau sikit)
Itu Tugas Utama aku, yang kecik2 tak payah la tulis, memang berlambak.. tension !!!
Bila dah mula rasa tension macam ni, aku sedaya upaya menghiasi Unit Kaunseling aku ni, bilik aku memang cantik, kondusif, tenang dan mendamaikan.. cuma bilik ini tidak semeriah Bilik Kaunseling SMK Telok Air Tawar.
Apa2 pon syukur kehadrat ilahi di atas ketenangan yang aku kecapi..
Setiap hari akan aku laksanakan amanah yang aku tanggung ini tanpa sebarang prejudis, laksanakan dengan adil dan saksama..
Kepada rakan2 ku di luar sana, selamat kembali bertugas, hanya kita yang memahami diri kita.
Panjatkan doa kepada Allah, kerana Allah senantiasa bersama2 kita, mudah2an tahun ini merupakan tahun yang memberi kemudahan kepada ku dalam melaksanakan tanggungjawab ini seperti mana aku laksanakan pada tahun2 yang sebelumnya..
"Sesungguhnya belaian psikologi menenangkan tekanan emosi"
No comments:
Post a Comment