Friday, January 25, 2013

Mengurus Strees


Assalamualaikum
Salam Jumaat yang penuh dengan barakah
Sudah 3 hari aku cuti, hari Rabu lepas aku mohon cuti rehat, untuk tenangkan fikiranku yang agak berserabut, hari ini pun sama, aku mohon cuti lagi..
Semua manusia di dunia ini memerlukan seseorang untuk berkongsi suka duka, tekanan dan apa jua rencah dan rempah kehidupan.
Begitu juga dengan diriku
Disebabkan kerja yang begitu memenatkan, ditambah pula dengan aktiviti sekolah yang agak padat, setiap Sabtu kena datang sekolah menyebabkan aku agak kelam kelibut.
Banyak acara perlu dilaksanakan



Syukur kehadrat Ilahi, kerana aku masih memiliki suami yang memahami dan tetap bersama aku dikala aku kesedihan dan kemurungan, dia adalah pendengar setiaku.
Dia selalu mengajar mindaku agar jangan sesekali melayan karenah manusia yang memiliki sifat dan sikap KEBIAWAKAN dalam diri.
Aku seronok sangat bila dia bercakap tentang manusia yang banyak sifat BIAWAK dalam diri, sebab tu orang kita payah nak bejaya, dan ramai orang kita tak suka tengok orang lain berjaya bahgia dan kaya, terutama orang yang masih JUNIOR macam aku...
Apa2 pon aku bahagia sangat bersama suami dan anak2 pemankin kecemerlangan dalam hidup ku..


Kepada manusia2 diluar sana, janganlah terlalu BERHATI KEJI melihat apa yang orang lain ada,
Sesungguhnya kamu tak akan mengecapi kebahgiaan kamu sendiri, rugi dan terlalu rugi.
Kerana kamu sudah membuang masa dengan sia2 untuk mengumpat dan mengeji serta membuka keaiban orang lain.
Cuma aku takut suatu hari nanti Allah akan membuka segala keaiban diri kamu...


Aku bahagia dengan kehidupan ku, terlalu bahagia dan membahagiakan...
Semoga kebahagiaan ini akan terus aku kecapi sehingga kehujung nyawa ku...
Amin...


Bahagia, Berjaya Dan Kaya Hingga Ke Syurga...

No comments:

Post a Comment