Thursday, December 27, 2012

Tentang Rasa

        


 ..... Sungguh tidak ku duga , perhubungan yang aku bina berpenghujung jua akhirnya. Entah kenapa keputusan itu adalah sebuah keputusan muktamad yang sanggup aku kotakan dan sanggup aku laksanakan tanpa sebarang perancangan strategik, malah tidak wujud pon sebarang petunjuk prestasi. Aku tekad dengan keputusan itu, hatiku sungguh kejam.

Mengimbas kembali disaat aku bertemu dengan dia, membuatkan jiwaku terhenti seketika, memang indah dan terlalu indah alam fantasi cinta, sesiapa saja mampu melupakan diri, malah kadang kala tidak sedarkan diri, betapa saat menjalinkan cinta, segalanya nampak indah..

Dia mengajar ku erti pengorbanan, erti kasih dan sayang..
aku pula mengajarnya erti sayang yang lebih mendalam, dimana perkataan SAYANG itu tidak perlu diungkapkan tapi perlu dibuktikan, banyak sangat sayang yang aku berikan kepadanya sebagai balasan apa yang dia berikan kepada ku, aku yakin dan amat2 yakin, komitmen yang cukup padu telah aku sediakan khas untuk dirinya, aku sentiasa ada disisinya, siang malam pagi atau petang, apa sahaja aku buat demi membuktikan yang aku sayang dan terlalu sayang padanya.


Memang benar, panahan cinta itu membuatkan aku sanggup melakukan apa sahaja demi insan yang aku cintai,tentang masa, tidak perlu ditanya, sebahagian dari hidup ku ada dia, setiap kali nyawaku disambung, maka disaat itu ingatan ku hanya memikirkan tentang dia, dia juga banyak menghabiskan masanya dengan ku, kami saling memerlukan diantara satu sama lain, entah lahh... serasa aku, tidak ada sepatah perkataan pon yang sesuai untuk menggambarkan betapa aku dan dia terlalu rapat, terlalu kasih dan terlalu menyayangi.

 Barulah aku sedar, apabila aku terlalu komited terhadap dirinya, perasaan cinta itu semakin hari semakin menebal, perasaan kasih terlalu kuat, malah siang dan malam aku mulai merindui  dirinya, walaupon aku dan dia jarang bertemu, sudah cukup bagiku mendengar suaranya, maka terubatlah segala rindu dijiwaku.

Sedar tidak sedar, sudah cukup 3 tahun aku menyayangi merindui dan mengasihinya tanpa syarat, aku tidak pernah menuntut apa-apa pun darinya. Walaupun begitu ikatan kasih aku dan dia cukup kuat. Aku dapat merasakan hatinya dekat dihatiku, dan aku terlalu yakin yang dia setiap detik merindui diriku..


Tapi...
Mustahil aku boleh menipu hati dan perasaanku...
Secara tiba-tiba, hati ku terdetik, adakah hingga ke saat ini dia menyayangi diri ini seperti mana aku menyayangi dan merindui dirinya..

Sejujur-jujurnya hati kecil ku berkata " segala-galanya telah berubah, sudah tidak seperti dulu, layanan dia terhadapku, kemesraannya, keakrabannya malah kasih sayang nya sudah tidak sejujur dulu"
Bagi ku, apa yang harus ditunggu lagi apabila segala-gala telah berubah haluan, telah berubah arah angin, dan pelbagai dimensi telah wujud dengan ketara diantara aku dan dia, malah setiap kali aku menghubungi dirinya, nada suara dan intonasi dia, bukan seperti "dia"  yang aku kenal suatu ketika dahulu,,
Sudah lah wahai hati, hentikan segala komitmen, hentikan segala kasih dan sayang, hentikan ruang dan peluang, hentikan segala-galanya..



Dari segala keterlanjuran itu, aku bermati-matian memusnahkan jambatan keakraban diantara hatiku dan hatinya , membakar segala kenangan terindah yang aku simpan didalam kotak pemikiranku,dan membenamkan segala kasih dan sayang, rindu serta dendam jauh dipenjuru hatiku yang paling dalam, dan aku butakan mata ku ini agar tidak melihat dirinya lagi, aku tulikan telinga ini agar aku tidak lagi mendengar kisah hidupnya, semua ku lakukan bukan kerana aku membenci dirinya tetapi kerana dirinya  tidak memerlukan diriku lagi..


Aku bukanlah insan yang lemah, walaupun aku diantara pecinta yang gagal, namun aku tidak sesekali gagal dari bangun semula, aku bukanlah seorang insan yang menyesali kerana tidak berjaya menakluk hatimu, tetapi aku adalah insan yang cukup bangga meninggalkan dirimu, diketika mana aku menyedari yang aku sudah tidak diperlukan dalam hidupmu.

Aku akan terus terbang di langit biru dengan penuh keyakinan dan kebanggaan kerana aku cukup yakin aku berpotensi untuk menggapai segala impian dan harapan.. Maafkan diriku andai suatu ketika nanti aku sudah tidak mengenali siapa dirimu lagi. Bawalah haluan hidupmu jauh dari landasan hidupku, sesungguhnya aku akan sentiasa menjaga haluanku agar sesekali tidak bertembung dengan jalan dan haluan hidup mu.


Selamat tinggal kenangan..

.......................................................................................................................



* luahan ringkas dari email yang diterima, semoga ianya menjadi pemankin kepada anak2 diluar sana..
*diolah agar ianya menjadi ringkas dan mudah difahami..



No comments:

Post a Comment