Assalamualaikum dan selamat petang campur malam,
Hari ni aku bersama en husben pergi shopping barang2 persekolahan anak2 kesayangan kami.
Tahun 2013 ni, semua anak2 aku bersekolah, yang paling kecil tu dah masuk tadika 5 tahun, si Ahmad Dani, my hero tu dah masuk darjah 1, yang kakaknya nombor 2 dah masuk darjah 3 sementara puteri sulung ku tahun ni UPSR, dan aku tahun ni masuk lah 3.5 Series BMW tuuu..
Semuanya nak baru, kalau tak beli yang baru mendengki lah jawabnya, so sebagai ibu yang tak mau pening2, kena beli lah dan tunaikan setiap permintaan anak2 tersayang, setahun sekali jaa pon..
Ini semua stok untuk 2 bulan, nanti kalo tengah malam minta benda2 alah ni, aku tak payah la nak pergi ketuk mana2 kedai kat taman aku.. almaklumlahh anak ramai.
Haaa, terserempak secara tiba2, tengah membelek2 peralatan tadi tetiba nampak benda alah nih.. dah lama aku cari, kalau kita pakai GARMIN atau PAPAGO ia akan di update setiap masa, tapi kalau kita beli GPS yang RM299 atau sewaktu dengannya, dia lambat dalam memberi maklumat.. aku pon tak berapa mahir dengan gadget2.. tapi ramai laa orang suggest GARMIN dan PAPAGO.
(bagi yang kerap meronda laa)
Sambung balik cerita anak2..
Haaa....yang ni pula beg anak kecilku Nuha Aufa dan Ahmad Dani.. pejam celik, pejam celik dah besar rupanya..
.... dan akhir sekali aku dapat printer baru, yang lama dah rosak.. tahun baru dapat seba serbi baru..
So tingkatkan kualiti demi menjaga prestasi..
Kepada pembaca2 blog aku yang seusia dengan ku dan anak seramai anak aku, selamat menyambut Tahun Baru 2013, semoga kita semua diberikan ketabahan dan kesabaran dalam mendidik anak2 pemberian Allah, agar suatu hari nanti mereka menjadi hamba Allah yang akan memertabatkan Islam di alam semesta ini..
No comments:
Post a Comment