Thursday, December 27, 2012

Tentang Rasa

        


 ..... Sungguh tidak ku duga , perhubungan yang aku bina berpenghujung jua akhirnya. Entah kenapa keputusan itu adalah sebuah keputusan muktamad yang sanggup aku kotakan dan sanggup aku laksanakan tanpa sebarang perancangan strategik, malah tidak wujud pon sebarang petunjuk prestasi. Aku tekad dengan keputusan itu, hatiku sungguh kejam.

Mengimbas kembali disaat aku bertemu dengan dia, membuatkan jiwaku terhenti seketika, memang indah dan terlalu indah alam fantasi cinta, sesiapa saja mampu melupakan diri, malah kadang kala tidak sedarkan diri, betapa saat menjalinkan cinta, segalanya nampak indah..

Dia mengajar ku erti pengorbanan, erti kasih dan sayang..
aku pula mengajarnya erti sayang yang lebih mendalam, dimana perkataan SAYANG itu tidak perlu diungkapkan tapi perlu dibuktikan, banyak sangat sayang yang aku berikan kepadanya sebagai balasan apa yang dia berikan kepada ku, aku yakin dan amat2 yakin, komitmen yang cukup padu telah aku sediakan khas untuk dirinya, aku sentiasa ada disisinya, siang malam pagi atau petang, apa sahaja aku buat demi membuktikan yang aku sayang dan terlalu sayang padanya.


Memang benar, panahan cinta itu membuatkan aku sanggup melakukan apa sahaja demi insan yang aku cintai,tentang masa, tidak perlu ditanya, sebahagian dari hidup ku ada dia, setiap kali nyawaku disambung, maka disaat itu ingatan ku hanya memikirkan tentang dia, dia juga banyak menghabiskan masanya dengan ku, kami saling memerlukan diantara satu sama lain, entah lahh... serasa aku, tidak ada sepatah perkataan pon yang sesuai untuk menggambarkan betapa aku dan dia terlalu rapat, terlalu kasih dan terlalu menyayangi.

 Barulah aku sedar, apabila aku terlalu komited terhadap dirinya, perasaan cinta itu semakin hari semakin menebal, perasaan kasih terlalu kuat, malah siang dan malam aku mulai merindui  dirinya, walaupon aku dan dia jarang bertemu, sudah cukup bagiku mendengar suaranya, maka terubatlah segala rindu dijiwaku.

Sedar tidak sedar, sudah cukup 3 tahun aku menyayangi merindui dan mengasihinya tanpa syarat, aku tidak pernah menuntut apa-apa pun darinya. Walaupun begitu ikatan kasih aku dan dia cukup kuat. Aku dapat merasakan hatinya dekat dihatiku, dan aku terlalu yakin yang dia setiap detik merindui diriku..


Tapi...
Mustahil aku boleh menipu hati dan perasaanku...
Secara tiba-tiba, hati ku terdetik, adakah hingga ke saat ini dia menyayangi diri ini seperti mana aku menyayangi dan merindui dirinya..

Sejujur-jujurnya hati kecil ku berkata " segala-galanya telah berubah, sudah tidak seperti dulu, layanan dia terhadapku, kemesraannya, keakrabannya malah kasih sayang nya sudah tidak sejujur dulu"
Bagi ku, apa yang harus ditunggu lagi apabila segala-gala telah berubah haluan, telah berubah arah angin, dan pelbagai dimensi telah wujud dengan ketara diantara aku dan dia, malah setiap kali aku menghubungi dirinya, nada suara dan intonasi dia, bukan seperti "dia"  yang aku kenal suatu ketika dahulu,,
Sudah lah wahai hati, hentikan segala komitmen, hentikan segala kasih dan sayang, hentikan ruang dan peluang, hentikan segala-galanya..



Dari segala keterlanjuran itu, aku bermati-matian memusnahkan jambatan keakraban diantara hatiku dan hatinya , membakar segala kenangan terindah yang aku simpan didalam kotak pemikiranku,dan membenamkan segala kasih dan sayang, rindu serta dendam jauh dipenjuru hatiku yang paling dalam, dan aku butakan mata ku ini agar tidak melihat dirinya lagi, aku tulikan telinga ini agar aku tidak lagi mendengar kisah hidupnya, semua ku lakukan bukan kerana aku membenci dirinya tetapi kerana dirinya  tidak memerlukan diriku lagi..


Aku bukanlah insan yang lemah, walaupun aku diantara pecinta yang gagal, namun aku tidak sesekali gagal dari bangun semula, aku bukanlah seorang insan yang menyesali kerana tidak berjaya menakluk hatimu, tetapi aku adalah insan yang cukup bangga meninggalkan dirimu, diketika mana aku menyedari yang aku sudah tidak diperlukan dalam hidupmu.

Aku akan terus terbang di langit biru dengan penuh keyakinan dan kebanggaan kerana aku cukup yakin aku berpotensi untuk menggapai segala impian dan harapan.. Maafkan diriku andai suatu ketika nanti aku sudah tidak mengenali siapa dirimu lagi. Bawalah haluan hidupmu jauh dari landasan hidupku, sesungguhnya aku akan sentiasa menjaga haluanku agar sesekali tidak bertembung dengan jalan dan haluan hidup mu.


Selamat tinggal kenangan..

.......................................................................................................................



* luahan ringkas dari email yang diterima, semoga ianya menjadi pemankin kepada anak2 diluar sana..
*diolah agar ianya menjadi ringkas dan mudah difahami..



Sunday, December 16, 2012

Bila Hati Sudah Cinta

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Selamat malam untuk diriku..
Entah kenapa malam ini hati aku terlalu sayu, terlalu mengingati anak2 SMKTAT yang telah 6 bulan aku tinggalkan..
Tak kala aku membuka news feed FB aku dan terbaca kisah2 mereka, maka sewaktu itu menitis air mata kerinduan yang aku bendung selama ini.. aku tak pernah merasai situasi seperti ini..
Tidak mampu untuk aku mentafsirkan betapa aku terlalu sayang , terlalu kasih, terlalu rindu  malah terlalu cinta dengan suasana kerjaya aku di SMK Telok Air Tawar..


Sebagai seorang yang mempunyai latar belakang pendidikan kaunseling, sememangnya itulah yang menjadi prinsip peganganku sepanjang aku bergelar Kaunselor Pelajar.. sama sekali tidak akan meghakimi masa silam anak pelajar ku, malah sanggup berdiri di sebelahnya dan membantu ia memperbetulkan masa depannya..


Kata2 itu merupakan satu pemankin untuk aku terus berbakti untuk anak2 didikku.
Aku tidak pernah rasa letih atau malas untuk melayan karenah mereka, malah semakin hari semakin bersemangat dan semakin ceria setiap kali bertemu dengan  mereka..
Bagi ku, ini lah yang di katakan cinta..

Apa itu CINTA..
Walaupun kewujudan cinta di dalam hati ku ini tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantik itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.
Cinta itu  berputik, lalu mekar dan terus mekar dalam sanubari ku ini. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi bagi ku biarlah cinta itu kekal selagi aku masih hidup dan tetap hidup walaupun aku telah mati.


Sesungguhnya bagi ku, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharapkan balasan. Cinta akan mengharapkan balasan, melalui komitmen dan pengorbanan antara aku dan anak2 didik ku.. cinta itu akan tetap kukuh, aku amat2 mengharapkan anak2 didik ku menjadi anak2 yang soleh dan solehah yang menberi menfaat di dunia sampai di akhirat sana...Itulah balasan yang aku minta daripada anak didik ku sesudah menyayangi mereka tanpa syarat.


Diriwayatkan daripada Anas r.a: “Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.( Al Bukhar )




"Sesungguhnya orang yang paling hampir dengan tempatku di kalangan kamu ialah yang paling cantik akhlaknya, mereka menghormati orang lain dan mereka senang bermesra dan dimesrai.
Orang Mukmin itu ialah yang mudah mesra dan dimesrai, dan tiada kebaikan pada mereka yang tidak boleh bermesra dan dimesrai. Dan sebaik-baik manusia ialah yang banyak memberi manfaat kepada manusia."
 (Riwayat Al Hakim dan Al Baihaqi)


Dan apabila aku terbaca hadis di atas, sememangnya kita sebagai Umat Muhammad wajib mengamalkan apa yang nabi laksanakan, oleh yang demikian kita akan menjadi insan yang hidupnya  penuh dengan ketenangan dan kedamaian


Aku bermohon kehadrat ilahi agar dalam jiwa ku ini penuh dengan kemewahan kasih dan sayang, semoga dapat aku terus memberi kasih dan sayang untuk setiap insan yang aku temui di sepanjang perjalanan hidup ku di bumi Allah ini.



Khas untuk anak2 didik yang aku sayang, andai kalian terbaca bicara hati ku ini..
ingat lah...
Sesungguhnya aku akan terus menerus mengingati, menyayangi dan merindui kalian semua,
Titipan terindah
~~sunataliza~~















Friday, December 14, 2012

Tranformasi Durian

Malam yang indah...
menulis lagi malam nihh..
cerita tentang tranformasi durian, semua peminat dan penagih pesbuk memang  sangat2 kenai dengan kuih nihh, termasuk laa aku, lama dah teringin nak makan, siap ambik resepi lagi kat pak cik google,
hari ni aku dapat juga ketemu benda nih...
bila dah makan. emmmmmmmmm.. bole laa
lemak2 berkrim dengan dicampur isi durian..
jangan makan banyak sangat, sebab agak muak sikit,,
bagi aku laa.. sebab aku ni tak berapa  minat sangat dengan makanan yang lemak berkrim nihh..


Apa2 pon....
tahniah laa kepada pembuat durian crepe nihh, kerana telah berjaya menyahut cabaran PM kita untuk tranformasi kan segala bagai yang ada di muka bumi nhh..
ohhh lupa nak bagi tau.. harga dia RM10.00 untuk 6 ketul durian yang telah melalui anjakan paradigma nihh.


aku rasa ramai yang  pernah mencuba,, siapa yang belum lagi, haaa cepat2 pergi cari
makanan tempatan yang kreatif dan inovatif nihh...
SATU MALAYSIA...

Pagi yang Indah 14/12/2012


Assalamualaikum.,,,

Pagi Jumaat yang sungguh indah, penuh dengan ketenangan dan kedamaian..
Terima Kasih Allah di atas anugerah kebahagian ini..

Pagi ni aku bangun macam biasa.. setelah menemani en hasben pergi kerja, dah abih lambai2, siap bagi kiss yang terbang2 tu, aku pon ambik laa gunting gergasi tu, lalu aku potong pokok bunga aku yang tak terurus, patut laa aku nampak taman aku tak hensem, so pagi2 Jumaat ni aku bagi laa hensem sikit taman ni..


Nihh haa pokok ni dah kena tebas, pokok ni cantik bagi aku sebab dia kerap berbunga, bunga dia punya laa harum setaman, nama pokok ni ialah pokok sedap malam, waktu maghrib sampai ke subuh dia memang harum, pokok ni memang hantu minat, tapi sampai sekarang tak ada pon hantu yang mai menumpang kat pokok aku ni.. hahhahha


Aku memerah keringat untuk tebang pokok nihh, sakit tangan woiiii, tapi ok laaa, yang penting nampak cantik, pompuan sanggup sakit asal nampak cantik..


haaa.. haaa, dah hampir kemas laman aku nih


ambik plastik  dan sapu sampai lincin.. rumput dah tak hijau sebab tak dapat cahaya matahari secukupnya, macam manusia juga , kalau tak diberi vitamin iman, macam mana nak dapat ketenangan, so perbanyakkanlah vitamin iman untuk kebahgiaan hidup di dunia yang fana ini.


Ini lah pondok tempat aku dan suami serta anak2 menumpang teduh untuk hidup,berehat sebentar didunia yang fana ini sebelum kami semua dijemput bertemu yang maha Agong..

Sesungguhnya kami tidak punya apa2, cuma sekelumit ketenangan dan kebahagian yang Allah beri sebagai penawar menjalani kehidupan sebagai hamba Allah di bumi yang sememangnya fana ini

Segala2nya milik Allah,
Maka teruslah berdoa,
 agar Allah memberi peluang 
untuk merasa walaupon hanya sekelumit cuma....

Wednesday, December 12, 2012

Selamat Pengantin Baru / 12.12.12

Wahhhh.... Agak terancam titipan kali ini.. malam ni en.hsbn tak ada.. pergi main badminton ..so ada peluang untuk membuka blog ni.. lama tak mengarang so agak terbalik susunan ayat.. tapi tak pa.. blog ni umpama coretan hati aku sbb aku yakin tak ramai org suka baca blog aku nihh.. laki aku ja suka buka dan baca leteran aku nihh..

Aku pengantin... acewahhh.. teringin nak jd pengantin pulak.. bukan pasai pa.. sj syok2 nk try jd permaisuri... dulu masa kahwen aku tak sempat laa nak tempah baju atau nak sewa set2 pengantin nih, maklumlah kita waktu tu student laa kan, mana nak sempat fikir benda2 macam nih,,
sempat jugak aku menangkap makhluk nih, ada jugak kenangan.. hehheheh syok nyaa


hahhaa... suasana yang agak lawak, aku try set2 pengantin adik aku.. teringin juga nak mengimbau kenangan 13 tahun yang lalu..dapat jugak merasa, sempat lagi dapat pujian daripada en husben tercinta.. 
(aku tau en hsbn selalu baca aku punya blog, so kena kerap puji sikit, muahaha sayang)
macam biasa laa,, en hsbn akan kata aku ni still suweet lagi,, ye laahh tuh, aku sokong dan aku terima pujian itu sebagai tanda mensyukuri pemberian tuhan, dan paling bermakna pujian tu datang daripada insan yang aku cinta, memang terima bulat2,, CINTA HALAL lahh katakan..


nahhhh aihh , laki aku lagi suuuuuweettt daripada aku.. taaadaaa....
dan sempat lagi kami menggayakan busanan pengantin yang free nihh... wahhh romantik gitu..

Ya Allah..
indahnya hidup berumahtangga (CINTA HALAL)..
penuh dengan kemewahan kasih dan sayang, rindu dendam yang sarat dikandung
yang tersimpan rapi disudut sanubari,, hanya menunggu saat untuk diberi.. kepada insan yang bernama suami...

Ya Allah..
aku panjatkan doa kepada mu ya Allah,,
biarlah kebahagiaan ini berpanjangan sehingga bertemu penamat nya di syurga nanti..
AMIN..

aksara  terindah
~~~ sunataliza~~~

Tuesday, December 11, 2012

Pesona Wanita



Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS
Bukan kerana merah kilauan lipstik
Pada bibir memekar senyuman kosmetik
Tetapi pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjdai mangsa tohmahan dunia

Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA

Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam
Sehingga turunkan insan ke dunia
Tetapi menjdi pembakar semangat perwira
Menjadi tunjang perjuangan syuhada

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK
Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan
Mengalir mutiara di kelopak mata
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
Pada hari kebangkitan bermula

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI
Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga
Tetapi sentiasa bersama
Menempuh badai disisi suami tercinta

Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU
Bukan terletak pada kebangkitan anak
Dalam setiap pertelingkahan
Tetapi dibawah lembayung kejayaan
Membuai anak dikala suami menjalin impian

Cantiknya wanita itu sebagai INTELEKTUALIS

Bukan kerana menjadi sebutan
Sehingga menjulang keegoaan
Tetapi dalam mencari ilmuan
Menyala obor mewangi setanggi profesionalis

Cantiknya wanita itu sebagai MUSLIMAH

Bukan kerana keindahan paras rupa
Sehingga menjadi igauan mata
Tetapi berpegang Akidah Solehah
Di sebalik tirai jiwa
Mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah
Mengharap keredhaan kehidupan awana




Membina Cinta


Bercinta sememangnya indah, mengungkap kata semudah ABC,
 sebab ianya bermodal akan air liur, tetapi membina cinta amat sukar, tidak semudah mengungkap cinta, namun aku bersyukur kehadrat ilahi kerana telah memberikan aku nikmat percintaan yang kami bina selama 13 tahun, bersama permata2 pemberian allah untuk meneruskan perjuangan kami di akhirat nanti.

Buat insan yang aku cinta, mudah2an cinta yang kita bina akan sampai ke puncak jaya di saat bertemu dengan Allah yang telah merancang untuk mempertemukan kita berdua...



Sesungguhnya kami tidak punya apa2, cuma ada hanya sekelumit perasaan bahagia dan membahagiakan untuk mengisi kehidupan di dunia ini,, terima kasih Allah atas anugerah yang Engkau berikan kepada kami, mudah2an kami tergolong dalam golongan insan yang mensyukuri nikmat Mu ,,, Amin


``Sunataliza``