SEDIH PILU yang teramat,kecewa apatah lagi, sememangnya tak mampu diungkap dengan kata-kata, hanya deraian mutiara-mutiara indah yang mampu mentafsirkan betapa tragisnya situasi yang mencengkam hati dan perasaan ini, serasa mentari tidak akan muncul lagi di ufuk timur bagi menerangi hati dan alam yang indah ciptaan ilahi..
HATI..kenapa dilukai lagi, namun kenapa hati ini begitu tegar untuk terus menyayangi mencintai dan terus mengasihi insan yang tidak sepatutnya berada di singgah sana hatiku ini.berulang kali ku pujuk hati ini, berulang kali ku nyatakan pada hati bahawa insan itu tidak lagi menyayangi diri ku, tidak lagi meletakkan nama ku disudut hatinya, malah mungkin hati ku ini telah di kapan dan hanya menunggu masa untuk dikebumikan...

HATI!! PERCAYALAH !!.. engkau sudah tidak bermakna lagi...
Begitulah penangan CINTA..membuat insan menjadi serba tak kena,walupon mentari bersinar penuh bangga tp bagi insan yang terluka dek panahan CINTA, mentari yang dicari tak kunjung menjelma, serasa alam yang indah ini penuh dengan kegelapan tanpa sebarang sinaran..
Benar lah CINTA itu bermakna kesetiaan, kejujuran dan kebahgiaan yang diberi tanpa syarat,tapi andai kita memberi cinta itu kepada insan yang tidak sanggup menerima cinta itu, maka kesetiaan dibalas dengan kecurangan, kejujuran di balas dengan pembohongan dan kebahagiaan di balas dengan penderitaan... sakit! memang menyakitkan..Apakah kita sanggup lagi mempertahankan cinta yang kita beri itu, oohh tidak, tidak mungkin sama sekali... begitu lah peritnya cinta bila diiriku cuba ber EMPATI atas kisah dan perkongsian
SI CANTIK MANIS FiKra ShUhAdA,
SI CANTIK MANIS FiKra ShUhAdA,
Si Cantik Manis ini seorang yang cukup bermotivasi, punya cita-cita menggunung tinggi, namun fitrah kejadian insan yang bernama manusia, dia tetap punya hati dan perasaan untuk di sayangi dicintai dan dikasihi,ini lah diantara kes-kes yang aku lalui bersama anak-anak remaja masa kini.
Melalui alam remaja amat menyeronokan, dunia ini ibarat syurga, telifon bimbit pengikat kasih, laman FB pengikat sayang... bangun pagi mesti ada ucapan sayang, rindu, cinta.... itulah dunia percintaan mereka.. INDAH KAN? memang indah..
Namun FiKrA ShUhADa... insan biasa.. macam anak-anak didik ku yang lain, percintaan nya terputus jua akhir nya... emmm... sedih jua jiwa ini ketika aku bersama-sama dengan nya melalui situasi itu,namun FikRA ShUhada punya jiwa yang kental, punya semangat yang waja, punya mentaliti sehebat nama yang diberi,dia terus bangun dari dunia yang diciptanya sendiri, memasuki dunia yang REALITI.. Namun aku tahu, jiwanya masih sakit dan terluka...
FIKRA SHUHADA..
engkau perempuan terhebat, apa yang engkau lalui hanya lah sekadar PENGENALAN dalam dunia kehidupan, perjalanan mu masih terlalu jauh.. pandang lah ke hadapan, pandanglah wajah ayah dan ibu yang meletakan seribu harapan, dan pandanglah Allah yang selalu memudahkan urusan.. dan letakan lah cita-cita mu di puncak jaya.. dengan berbekalkan redha ayah dan ibu mu, maka redha tuhan mu menyusuri ruang hidup mu dalam mencapai cita mu yang satu...
INGAT LAH FiKra ShUHaDa..
berada di dunia percintaan seumpama engkau mundur terkebelakang, kerana mereka yang sedang dilamun cinta itu sedang dalam khayalan / imaginasi yang mereka cipta sendiri..tetapi sekiranya kita meletakan cinta pada ayah dan ibu, pada tuhan yang satu dan pada cita-cita yang padu..kita sebenarnya sudah seratus tahun lebih maju daripada mereka.. kerana objektif dan matlamat kita ialah kearah kebahagiaan kasih dan sayang yang akan dibina berdasarkan......
ISTIKHARAH CINTA...

Barisan Aksara : SuNataLizA...
Mesra Membimbing, Belaian Psikologi Menenangkan Tekanan Emosi
Mesra Membimbing, Belaian Psikologi Menenangkan Tekanan Emosi
terlalu menyentuh hati. itulah pelajaran kehidupan dan percintaan yg tidak kesampaian.
ReplyDeletemmg sehingga saat ini hati masih merindui.hati masih menyayangi.. ttp, berkat bimbingan insan yang teristimewa, fik bgn mnghadapi realiti. ya.. realiti percintaan hidup bukanlah seindah percintaan fairy tale . kasih Allah , dn ibu bapa sememangnya cinta yang sejati dan tiada banding nya. Syukur. Alhamdulillah.. terima kasih cikgu. :)
semoga sayang cepat sembuh...
ReplyDeletedan mudah-mudahan semangat juangmu mengalir di segenap pelusok tubuh mu...