Kalau kau mahu mendengarnya, biar aku bercerita, aku tidak ceritakan kisah hidupmu, tetapi mungkin engkau ada dalam kisah hidupku..
Tuesday, December 11, 2012
Membina Cinta
Thursday, December 22, 2011
HoT PMR 2011
- Muhammad Jasrul Haikal b Jasni
- Nurfarahin binti Adli
Calon 7A
- Daarshiniy a/p Sughumaran - 7A
- Ghaandhimathi a/p Thilagathurai - 7A
- Joanne a/p Robert Charles - 7A
- Neasiga a/p Ganasan - 7A
- Muhammad Azrin b Zahari - 7A 1B
- Muhammad Izzat b Mohd Darus - 7A 1C
- Aliah Fatin binti Abu Setaman - 7A 1C
- Nor Ain Fatihah binti Mohd Azizi - 7A 1B
- Nor Hidayah binti Abdul Malik -7A 1B
- Siti Nur Qamar binti Mohd Rozhan - 7A 1B
Calon 6A
- Nagentheraan a/l Munesveran 6A 1B
- Niroshini a/p Rajendren - 6A 1B
- Nor Atika binti Ramli - 6A 2B
- Nur Syazwana binti Ahmad Sukri - 6A 2B
- Nursyafikah Zafira binti Mahyasi - 6A 2B
- Nurul Syazwani binti Noor Azam - 6A 2B
- Rebecca Lim Soo Yeng - 6A 1B
Calon 5A
- Norsahira binti Ahmad Fadli - 5A 2B 1C
- Nabilah binti abdul Aziz - 5A 2B 1C
Pn Hjh Robiah binti Abu bersama barisan pentadbir SMKTAT memberikan ucapan mengalu - alukan kehadiran para waris dan anak-anak pelajar PMR 2011.
Mohammad Jasrul Haikal b Jasni ... 8A tahniah!!!
Antara pelajar-pelajar cemerlang PMR 2011 bersama dengan waris dan barisan pentadbiran SMKTAT....
Kejayaan anda milik kita bersama....
-------------------------------------------------------------------------
Saat-saat Terindah..
Maklumat dikemaskini oleh:
Unit Bimbingan & Kaunseling
SMK Telok Air Tawar
13050 Butterworth
Monday, December 19, 2011

KUALA LUMPUR – Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 akan diumumkan Khamis ini (22 /12/ 2011)
Menurut satu kenyataan Kementerian Pelajaran Isnin, analisis keputusan PMR akan diumumkan di Putrajaya pada hari berkenaan.
“Calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas 10 pagi pada hari sama,” menurut kenyataan itu.
Mulai tahun ini, kementerian memperkenalkan khidmat semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888 yang diaktifkan mulai 10 pagi Khamis hingga 12 tengah malam, 28 Dis.
Maklumat lanjut berhubung khidmat pesanan ringkas (SMS) itu boleh diperoleh di laman sesawang kementerian www.moe.gov.my.
Seramai 481,292 calon menduduki peperiksaan PMR di seluruh negara tahun ini. – BERNAMA
Inferioriti vs Superioriti
Idea asal konsep ini dibawakan Alfred Adler. Anda yang membuka buku Psikologi Personaliti akan terjumpa nama ini. Ia juga dibincangkan oleh Carl Jung.
Baik inferiority complex - atau superiority complex - kedua-duanya bukanlah hal yang baik. Orang yang inferiority complex - ialah orang yang merasa rendah diri, pesimis dan selalunya negatif. Ia adalah perasaan. Tidak semestinya anak dara yang lalu sambil menunduk di depan kita itu ialah mereka inferiority complex. Inferiority complex ini ada di dalam jiwa kita. Ia perasaan. Ia adalah sikap. Kita menganggap kita sentiasa menjadi orang yang kalah.
Orang Melayu yang melihat orang Inggeris - akan cepat teruja. Cepat merasa orang luar itu hebat. Ia perasaan dalam diri. Ini adalah inferiority complex. Kita berasa kita kerdil sangat. Sedangkan hakikatnya - kita mungkin lebih baik. Sebab itu - orang kita akan berasa lebih selamat dibedah oleh doktor asing - walaupun hakikatnya risiko untuk mati atau peluang untuk sembuh itu sama sahaja.
Inilah perasaan rendah diri. Ia berbeza dengan perlunya hidup merendah diri. Orang yang belajar tinggi, atau ada pangkat besar, tetapi hidup merendah diri - itu bukan inferiority complex.
Banyak penjenayah atau pelaku juvenil dikatakan mempunyai inferiority complex. Apa kaitannya? Sebabnya dengan melakukan hal yang hebat itu - walaupun buruk, mereka merasa ia telah menggantikan perasaan mereka yang dilihat rendah itu. Mereka yang membunuh atau mencuri itu adakalanya merasakan perlakuan itu sangat hebat. Mereka merasa mereka sangat kuat. Sedangkan - itu hanyalah khayalan sahaja.
Semasa aku ditahan di Lokap Pudu - ada seorang anak muda dengan bangganya menceritakan tentang kejayaanya memecah masuk gudang. Katanya ia telah melakukannya berkali-kali. Entah apa hebatnya mencuri, kita tidak tahu. Tetapi itulah perasaanya. Ini perasaan yang asalnya inferiority complex dan kemudiannya digantikan dengan hal lain yang kita namakan superiority complex.
Budak-budak sekolah - merasa sangat bangga boleh menghisap rokok Dunhill sambil dikejar guru sekolah. Kita berasa sangat hebat dengan cara itu. Itu juga gejala perasaan rendah diri yang cuba digantikan dengan hal yang tidak munasabah. Lainlah kalau menjadi seperti pelayar Australia berusia 15 tahun yang mengelilingi dunia. Itu baru hal yang betul.
Merasa kuat dengan cara yang tidak senonoh itulah dikatakan superiority complex. Lionel Messi yang dilihat sebagai pemain bolasepak yang hebat bukanlah superiority complex. Ia hal yang nyata. Superiority complex ialah hal yang tidak nyata. Misalnya, apabila kita bertemu dengan seseorang - yang menceritakan hal kehebatannya - yang pelik - yang aneh, itu ialah manusia yang superiority complex.
Pernah jumpa orang ini? Ayah Pin atau Rasul Melayu mungkin termasuk dalam kategori ini. Mereka merasa mereka orang yang hebat. Boleh menyembuh segala penyakit. Mengaku mencipta agama lain. Mengaku sebagai nabi. Ini adalah simptom yang kita pernah lihat. Firaun mungkin manusia unggul dalam hal penyakit superiority complex ini. Dia mengaku Tuhan.
Pengikutnya pula - mungkin merasa rendah diri. Mereka orang yang mempunyai inferiority complex. Mereka juga ingin dilihat hebat. Jadi mereka berusaha menggantikan perasaan rendah diri itu. Jadi, mereka mula terpedaya dengan tokoh superiority complex ini.
Terima kasih Dr Idris..
Saturday, December 17, 2011
Pelajar tajaan Petronas, Ariff Alfian Rosli kahwin dengan lelaki di Dublin



Pesara pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berkhidmat selama 31 tahun, Rosli Haron, 56, kini buntu mengesan anak kedua daripada empat beradik itu setelah mencuba pelbagai usaha termasuk membuat laporan kepada polis, Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Ireland dan Kedutaan Ireland di sini, dalam tempoh tersebut.
Malah, katanya, dia dan isteri, Kamariah Hashim, 55, telah lapan kali ke Dublin dan Universiti College Dublin (UCD) untuk mencari anaknya itu yang merupakan ketua pengawas dan tokoh pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5 Wangsa Maju pada 2001.
Rosli memberitahu, Ariff, 28, yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat tajaan pinjaman boleh ubah daripada Petronas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom (UK).
“Ariff kemudian dihantar ke UK untuk membuat A Level dan pada 2003 dia dihantar ke UCD untuk melanjutkan pengajian, walaupun dalam kontrak asal anak saya sepatutnya ke UK sahaja.
“Pada mulanya saya sangsi kerana Petronas tidak mempunyai pejabat penasihat pelajar di Dublin seperti mana Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).
“Namun Ariff tetap meneruskan pengajian di UCD untuk mengikuti pengajian praklinikal dari 2003 hingga ke 2005 seterusnya klinikal (2005-2008),” katanya yang datang ke pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurutnya, meskipun demikian, Ariff tidak dapat menamatkan pengajiannya pada waktu ditetapkan iaitu pada 2008 dan perlu menyambung beberapa semester di universiti terbabit.
Malangnya, kata Rosli, Petronas enggan menaja perbelanjaan Ariff yang menelan kos lebih 38,000 Euro (RM160,000) setahun pengajian akademik dan kos sara hidup manakala dia pula tidak mempunyai cukup wang untuk menampungnya.
“Berikutan masalah kewangan, saya sarankan Ariff agar menyambung pengajiannya di Malaysia tetapi dia enggan kerana berazam hendak lulus dari UCD dan bermula daripada situ hubungan kami terjejas.
“Sehingga sekarang, saya dan isteri gagal bertemu Ariff dan menghubunginya walaupun telah mencuba pelbagai usaha sejak tiga tahun lalu,” katanya.
Tambah malang, Rosli memberitahu, dia kini berhadapan dengan saman pihak Petronas untuk menuntut wang pengajian Ariff berjumlah lebih RM890,000 daripadanya sebagai penjamin pertama.
“Mana saya ada cukup wang untuk menjelaskan wang sebanyak itu dengan pencen saya. Sudahlah kami sekeluarga menderita kerana kehilangan anak, kami kini berhadapan dengan saman pula,” ujarnya.
Menurutnya, berdasarkan maklumat diterimanya, dia begitu bimbang Ariff terjebak dengan perkara negatif termasuk pergaulan bebas dan murtad.
Dia juga ingin menasihatkan ibu bapa yang mempunyai anak di luar negara supaya mengambil iktibar dan berhati-hati dengan insiden menimpa keluarganya selain berharap pihak agensi terlibat atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dapat membantu menjejaki anak kesayangannya itu.
Ariff Alfian Rosli telah pun berkahwin dengan seorang lelaki yang di’khabarkan bernama Jonathan di Dublin, Ireland.
Friday, December 16, 2011
Wednesday, December 14, 2011
DIA 'CIKGU'
Kehadiranmu di maya pada penuh bersejarah
Ibarat obor menerangi liku-liku hitam mengelabui arah
Di kala gunung-ganang menggeletar menerima saranan Allah
Menjadi khalifah pemimpin ummah di persada barakah
Namun dikau tanpa ragu, gundah dan gelabah
Menyahut tinta perintah Allah dengan yakin dan pasrah
Meskipun menyedari ia suatu tuntutan tugas serba payah
Meruntun makhluk penuh bersarang nafsu mazmumah
Hasad dengki, garang bengis, celupar dan pemarah
Personaliti diri kelompok sasar yang ingin diasah
Ke jalan yang lurus menjana pekerti murni dan mahmudah
Menjadi insan tawakkal di sisi Allah
engkaulah pemberi paling istimewa, jujur dan setia
Tak pernah mengungkit meskipun jasamu sering dilupa
Tidak pernah mengeluh meskipun hati dan kalbu terhiris luka
Jauh sekali meratapi nestapa dan kecewa, duka dan lara
Engkaulah ibu bapa, handai taulan dan sahabat
Alur kesetiaan mu tetap abadi mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahi amanah membimbing umat
Beribu tahun kata-katamu berkhidmat menyinari hayat
Bukan mudah untuk menjana insan berilmu berpekerti luhur
Disebalik tabir yang berjerubu penuh kabus, selut dan lumpur
Jiwa perlu tabah disepuh visi misi mantap berlilit ikhlas dan jujur
Di apit personaliti unggul yang suci murni setulus dan sekujur
Dirgahayu wahai pendidik berkarisma bergelar 'cikgu'
Mudah-mudahan kekal sihat, lanjut usia, panjang umur mu
Semoga keiltizaman tetap unggul tekal teruja di dalam kalbu
Menjana insan berakhlak mulia berpekerti luhur pinta berilmu

Pn Hjh Jamaah binti Hj Taman
Sekarang Pengetua SM Sains Kepala Batas

En Abdul Rashid bin Mansor
Sekarang Pengetua SM Tinggi Bukit Mertajam

Tn Hj Ghazali bin Abu Bakar
Sekarang Pegawai Pelajaran Daerah
Ini lah pengetua-pengetua yang banyak menabur bakti untuk anak-anak SMKTAT.
Sepanjang 8 tahun aku berkhidmat di situ bermula dari tahun 2003 hingga 2011, aku berada dibawah 6 pentadbiran pengetua yang cukup berwibawa..
Semoga Allah mempermudahkan urusan mereka...
Terima Kasih 'cikgu'




