Wednesday, December 14, 2011

RaYuAn

Dengan Nama Allah
Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Hari ni 14/12/ 2011.. aku pergi ke Pejabat Pelajaran Daerah Utara untuk apa?.. hahaha untuk buat rayuan.. rayuan untuk apa ? ... untuk masa depan aku sendiri sebagai pendidik.

Bukan aku tak sayang dengan sekolah lama aku, apatah lagi anak-anak pelajar ku... sayang dan terlalu sayang... namun sebagai seorang insan yang baru melangkah dalam arena ini, aku perlukan pengalaman baru untuk aku coretkan dalam kamus hidupku...biarlah berwarna warni dan pelbagai corak ilusi.. baru indah hidup di bumi allah ini...

Bagi ku di saat kasih dan sayang mewah mengelilingi hidup ini, maka di saat ini lah aku harus pergi.. aku tidak mahu kasih dan sayang ini dicemari dengan siraman dendam dan benci..

Aku memohon kepada Allah agar aku dapat menabur bakti di tempat baru, banyak lagi ilmu yang harus aku pelajari, banyak lagi pengalaman yang harus aku timba, dan banyak lagi kisah hidup anak-anak didik ku yang harus aku dampingi dan dengari..

Kadang-kadang aku rasa indah sungguh hidup ini bila mana aku di lahirkan sebagai seorang KAUNSELOR... kerana ILMU KAUNSELING banyak mengajar aku erti hidup ini, erti kasih sayang sesama insan, erti pengorbanan tanpa pembalasan, erti NILAI dan erti segala-galanya..

Lagu di jiwa... : SuNaTalIza..




Suka Duka Dalam Jiwa ini...

Program Jelajah Ilmu 2011
24,25 dan 26 Julai 2011
Bertempat di Pendang Lake Resort
Pendang Kedah




Anak-anak pelajar harapan sekolah




Melibatkan 80 orang pelajar tingkatan 3 dan 5




Yang ni klien tetap Unit Kaunseling






Pendang Lake Resort..


Thursday, December 8, 2011

Wudhuk


Cara Menenangkan Jiwa

Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan.

Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki.

Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhu bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.

Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.

Hikmah Wudhu

Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh.

Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita. Banyak pancaindera tersimpul di bagian muka.

Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari?

Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa.

Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam ayat al-Maidah [5]:6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki.

Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa.

Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhu dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma’a akhir qathr al-ma’).

Wudhu dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan keabsahan wudhunya.

Yang paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih’ dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.

Wudhu sendiri akan menghalang diri untuk menghindari apa yang secara spiritual merosak citra wudhu. Dosa dan kemaksiatan berkontradiksi dengan wudhu.

Maaf !!

Sekadar berlagu didalam HATI




Ber EMPATI sehingga hati dilukai



Titisan Aksara : SuNaTaLiZa

Tuesday, December 6, 2011

HOT 2010

Dengan nama Allah
yang maha pemurah lagi maha penyayang


Tahun 2001 aku mula bertugas di SMJK Chung Ling Penang, seronok bersama dengan anak2 bukan seagama dengan ku, mereka cukup tekun belajar, masalah disiplin tidak pernah di perbincangkan, hanya menjadi perbualan hangat ialah bagaimana untuk melonjak kecemerlangan akademik mereka.

Tahun 2003, aku dihantar pula ke SMK Telok Air Tawar sebagai Kaunselor Sepenuh Masa.
Pening jugak kepala aku, sebab banyak benda yang perlu dilaksanakan, kes disiplin? hari-hari kes disiplin, bergaduh? perkara biasa sampai aku rasa siren polis, ambulans memang wajib kena dengar. Cuma siren bomba saja yang tidak pernah lagi datang, sebab budak-budak aku tidak lah sekejam sampai nak bakar sekolah... hahhaha..

Walaupun budak-budak aku ni sedikit nakal, tetapi mereka tetap menjadi manusia yang berguna. Ada sedikit kisah diantara mereka yang aku masih simpan dalam ingatan ku ini..



hahhaha.. Ajoy.. kreatif kan, dulu masa tahun 2010, cakap sini sapa yang tak kenai dia.. Ini lah OTAI SMKTAT, kira penghulu paling besar dan berpengaruh laa. Datang sekolah mesti tidur. Kaunseling ??? kerap juga aku bagi kaunseling... subjek yang dia paling MINAT ialah "BAHASA MELAYU".. kira ok la tuhh, nak belajar jugak kan.. Waktu rehat dia and the geng memang akan buat kecoh dekat terowong-terowong sekitar SMKTAT. Kalau ditakdirkan berlaku pergaduhan.. masa tu kira on saja, kami ckgu2, pening jugak sebab tak bole nak rehat...
Walaupon sudah hampir setahun AJOY tinggalkan SMKTAT, tapi dia tetap datang melawat aku di situ, tak sangkakan, dia sudah sambung belajar di Kolej Komuniti dalam bidang masakan. Hebat kan.. dan siapa sangka?




hahahha.. yang ni pulak zharif anak en. Aziz, rumah dia dekat dengan sekolah, dia ni kira penolong pengarah kepada Ajoy. Bila ada saja kes, kaunselor dengan PK HEM memang bole serbu terus ke rumah dia. sebab rumah dia lah paling senang nak cari. Sebut pasai zharif ni, memang lagi pening. Mahu tak peningnya, kepala paip yang sekolah pasang di surau, habis dikebas (hahha jgn marah zharif), bila time nak sambut raya, mercun mesti berbunyi punya, sapa yang bakar? sapa lagi .. dialah.. banyak jenis mercun dia seludup masuk sekolah.

Kasut pelajar perempuan hilang, boleh tanya dia, dia suka sangat sorok kasut sekolah budak2 perempuan, tapi yang hebatnya dia rajin sangat datang sekolah tapi rajin sungguh ponteng kelas.
Melilau cikgu2 yang prihatin mencari dia. tapi semuanya telah berubah, zharif dapat juga sambung belajar di KOLEJ ISLAM SAINS & TEKNOLOGI (KIST KELANTAN) dalam bidang PSIKOLOGI.



Yang ini nama glamour dia APEK atau nama dia yang selalu aku panggil Fakri.. orang nya sensitif, kawan baik kepada si Zharif, mereka saling berkongsi suka duka dalam kehidupan mereka, kalau si zharif datang ke bilik Kaunseling, maka si Apek akan jadi peneman, konon2 nya hendak mendapatkan khidmat nasihat daripada kaunselor, tapi rupa2 nya nak ponteng kelas, last2 kena la rotan hahhaha... Apek hebat dalam sejarah, cita2 dia nak jadi CIKGU, tidak hairanlah dia berani sahut cabaran mengambil STPM tahun 2012, siapa sangka dia adalah Presiden Majlis Pewakilan Pelajar Tingkatan 6 hebat kan?
Mehhh kita tengok gambar dia yang semakin hensem nihhh... rambut pon dah semakin maju...







Seterusnya... Iman, Iman nih nampak saja brutal, tapi dalam jiwa penuh dengan kedamaian, bila datang saja bilik kaunsling, mesti tolong kemas bilik aku, buat gubahan bunga, kemas kerusi, sapu sampah, susun balik buku2.. aduhhh memang teringat aku dekat si Iman nih...tapi waktu sekolah dulu, cakap sj sapa yang nak kena pukul, balik nanti dia akan angkat geng pukul balik... hahha betoi ka Iman... tapi aku bangga dengan Iman... sekarang dah masuk latihan ketenteraan di Negeri Sembilan... berguna jugak lahh Iman kepada bangsa dan negara..




hahhahahha... yang nihh nama nya SYAZANI... aku suka panggil dia Tedy Bear.. masa zaman sekolah dulu, dia suka lepak di kelas girl friend dia, bila aku tanya dia kenapa tidak masuk kelas, dia akan bagi jawapan yang cikgu tak masuk kelas, itulah jawapan dia dari awal tahun sampailah ke akhir tahun...budak dia pandai, bijak laa jugak, tapi tak berapa nak belajar sangat, syazani dengan Zharif kerap teman aku dibilik kaunseling sampai ke petang, masing2 buat kerja... yang best nya si Syazani ni, dia rajin buat kerja, kerja dia setiap petang ialah pergi beli cucur pisang untuk aku.. hahahhah RM3 saja.. kami kongsi 3 orang.. yang paling banyak makan si Zharif... betoikan Syazani... dia memang kuat makan... hahahhh walaupon macam tu sikap dia.. aku bersyukur sangat.. dia sekarang menyambungkan pengajian dia di KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG, masih melawat aku di sini....



Fariz Adnan... sebut nama dia, aku teringat disaat dia membantu aku membeli barang untuk Program Pasca PMR.. rajin sungguh, orang nya tak banyak cakap, tapi cukup ringan tulang.. baik dan berbudi bahasa, rajin jugak datang ke bilik kaunseling, budak nya tidak bermasalah, cuma suka datang bilik kaunseling untuk bantu aku, kalau aku ada masalah untuk mendapatkan maklumat budak2 di situ, maka Fariz Adnan laa tempat aku mengadu... Syukur pada Allah Fariz sekarang menyambungkan pengajian dia di UNISEL... Selangor... semoga terus berjaya FARIZ.



Yang nihh klien tetap aku, Amir Karim... budaknya sederhana, hahhahhah kena mai kaunseling kan, tak pernah marah pon kalau kena mai kaunseling, muka dia selalu tenang, tapi memang hebat, ada kedai makan nihh, Amir Karim juga antara klien aku yang bertuah, bole sambung belajar jugak, wajar lah Amir terjun dalam bidang masakan sebab dia dah nampak bidang perniagaan memang mendatangkan keuntungan, aku bangga dengan Amir... Semoga amir akan terus berjaya dalam bidang tersebut... sekarang Amir merupakan pelajar Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka.

Ini lah antara kenangan yang membuatkan aku tersenyum bila mengenangkan kenakalan anak2 didik ku... Sememangnya benar.. Sekolah merupakan Institusi Pendidikan, jadi sekolah lah tempat para pelajar dididik, bukan dimalukan atau didera perasaan mereka secara psikologi.
Bagi ku anak2 ini punya bakat dan keistimewaan nya tersendiri, mereka ini terlalu unik, janganlah kerana keunikan mereka menyebabkan kita terus menghukum mereka dan langsung tidak memberi peluang kepada mereka untuk berubah... Aku mengingatkan diri ku .. agar diriku ini menerima anak2 ini TANPA SYARAT dan terus membina masa depan serta sama2 ber EMPATI kejayaan yang mereka kecapi..



SELAMAT MAJU JAYA... SEMOGA KALIAN SEMUA MENJADI ANAK YANG SOLEH, ANAK YANG MEMBERI MUNAFAAT DI DUNIA SAMPAI KE AKHIRAT...


Titisan Aksara ; SuNaTaLiZa
Unit Bimbingan & Kaunseling
SMK Telok Air Tawar
13050 Butterworth

Monday, December 5, 2011

Kaunseling SMKTAT

Unit Bimbingan & Kaunseling
SMK Telok Air Tawar
13050 Butterworth

Mesra Membimbing | Belaian Psikologi Menenangkan Tekanan Emosi

Unit Bimbingan Kaunseling merupakan satu unit yang cukup penting dalam sistem pengurusan sekolah pada masa kini. Pelbagai aktiviti dilaksanakan dengan satu matlamat iaitu memberikan suasana kondusif dan trapeutik kepada para pelajar.



Ini lah bilik untuk sesi kaunseling. Alhamdulillah bilik yang cukup selesa, cukup kondusif untuk anak-anak SMKTAT menjalani sesi kaunseling individu dan juga sesi ponteng kelas hahhaa..



Bilik ini menyimpan seribu satu kenangan yang cukup indah untuk dikenang. Menangis, ketawa, resah gelisah, kejayaan , kegagalan dan segala macam konflik jiwa anak-anak didikku tersemat dan tersimpan kukuh didalam sanubariku..

Aku merasai apa yang anak didik ku rasa, dan aku sedaya upaya cuba memberi celik akal buat mereka, jauh di sudut hati ku ini, aku ingin melihat mereka BERJAYA, BERJAYA dalam erti kata menjadi anak yang soleh dan solehah yang memberi kebaikan di dunia sampai akhirat sana..



Ini antara wajah-wajah anak didik ku tahun 2010.. SPM telah di umumkan, suka duka, sedih pilu sama-sama mereka berkongsi dengan ku..



Itu Kaunselor baru, rakan seperjuangan ku.. Kaunselor Suhaili Abu Kasim.. Kaunselor muda, hahah ramai anak-anak pelajar yang rajin bertandang, konon nya untuk mendapatkan khidmat kaunseling, tapi sebenarnya nak jumpa dengan kaunselor Suhaili hahah... lucu anak-anak ni..



Sememangnya aku bahagia mengharungi suka duka, kegagalan dan kekecewaan bersama mereka..
Sesungguhnya kejayaan mereka adalah milik aku bersama.. aku bahagia bila mana mereka bahagia, andai mereka kecewa aku turut merasai apa yang mereka rasa...




Barisan titipan aksara ;
SuNaTaLizA

PERBEZAAN ANTARA SUKA, SAYANG DAN CINTA



Di saat kamu menyukai seseorang, kamu ingin memilikinya untuk keegoaan mu sendiri
Disaat kamu menyayangi seseorang, kamu ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk kepentingan dirimu sendiri
Disaat kamu menyintai seseorang, kamu akan melakukan apa pon untuk kebahagiaannya walaupon kamu harus mengorbankan jiwa mu.




Suka - disaat dia menangis, kamu akan berkata " sudahlah jangan menangis"
Sayang - disaat dia menangis dan kamu akan menangis bersamanya.
Cinta - disaat dia menangis dan kamu akan membiarkanya menangis di bahu mu sambil berkata " marilah kita selesaikan masalah ini bersama"

Suka adalah disaat kamu melihatnya kamu akan berkata " ia sangat cantik dan menawan"
Sayang adalah disaat kamu melihatnya, kamu akan melihat dari hati kamu dan bukan dari mata mu.
Cinta adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata " Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah tuhan berikan pada ku"



Pada saat orang yang kamu suka menyakiti hati mu, maka kamu akan marah dan tidak mahu bicara lagi dengan nya
Pada saat orang yang kamu sayang menyakiti hatimu, maka kamu akan menangis untuknya.
Pada saat orang yang kamu cinta menyakiti hati mu, kamu kan berkata
" Tidak mengapa, dia hanya tidak tahu apa yang dia lakukan "

Pada saat kamu suka padanya, kamu akan memaksa untuk menyukainya
Pada saat kamu sayang padanya,kamu akan membiarkannya untuk memilih.
Pada saat kamu cinta padanya, kamu akan selalu menantinya dengan setia dan tulus.

Suka adalah kamu akan menemaninya bila ia menguntungkan dirimu
Sayang adalah kamu akan menemaninya disaat dia memerlukan,
Cinta adalah kamu akan menemaninya dan tidak akan memperdulikan bagaimanapun keadaan diri mu,





Sesungguhnya SUKA itu adalah hal yang menuntut,
SAYANG pula adalah hal yang memberi dan menerima,
dan
CINTA adalah hal yang memberi dengan RELA.....

Friday, December 2, 2011

MeNcInTa HingGa TeRlUka



SEDIH PILU yang teramat,kecewa apatah lagi, sememangnya tak mampu diungkap dengan kata-kata, hanya deraian mutiara-mutiara indah yang mampu mentafsirkan betapa tragisnya situasi yang mencengkam hati dan perasaan ini, serasa mentari tidak akan muncul lagi di ufuk timur bagi menerangi hati dan alam yang indah ciptaan ilahi..

HATI..kenapa dilukai lagi, namun kenapa hati ini begitu tegar untuk terus menyayangi mencintai dan terus mengasihi insan yang tidak sepatutnya berada di singgah sana hatiku ini.berulang kali ku pujuk hati ini, berulang kali ku nyatakan pada hati bahawa insan itu tidak lagi menyayangi diri ku, tidak lagi meletakkan nama ku disudut hatinya, malah mungkin hati ku ini telah di kapan dan hanya menunggu masa untuk dikebumikan...
HATI!! PERCAYALAH !!.. engkau sudah tidak bermakna lagi...

Begitulah penangan CINTA..membuat insan menjadi serba tak kena,walupon mentari bersinar penuh bangga tp bagi insan yang terluka dek panahan CINTA, mentari yang dicari tak kunjung menjelma, serasa alam yang indah ini penuh dengan kegelapan tanpa sebarang sinaran..

Benar lah CINTA itu bermakna kesetiaan, kejujuran dan kebahgiaan yang diberi tanpa syarat,tapi andai kita memberi cinta itu kepada insan yang tidak sanggup menerima cinta itu, maka kesetiaan dibalas dengan kecurangan, kejujuran di balas dengan pembohongan dan kebahagiaan di balas dengan penderitaan... sakit! memang menyakitkan..Apakah kita sanggup lagi mempertahankan cinta yang kita beri itu, oohh tidak, tidak mungkin sama sekali... begitu lah peritnya cinta bila diiriku cuba ber EMPATI atas kisah dan perkongsian
SI CANTIK MANIS FiKra ShUhAdA,


Si Cantik Manis ini seorang yang cukup bermotivasi, punya cita-cita menggunung tinggi, namun fitrah kejadian insan yang bernama manusia, dia tetap punya hati dan perasaan untuk di sayangi dicintai dan dikasihi,ini lah diantara kes-kes yang aku lalui bersama anak-anak remaja masa kini.

Melalui alam remaja amat menyeronokan, dunia ini ibarat syurga, telifon bimbit pengikat kasih, laman FB pengikat sayang... bangun pagi mesti ada ucapan sayang, rindu, cinta.... itulah dunia percintaan mereka.. INDAH KAN? memang indah..

Namun FiKrA ShUhADa... insan biasa.. macam anak-anak didik ku yang lain, percintaan nya terputus jua akhir nya... emmm... sedih jua jiwa ini ketika aku bersama-sama dengan nya melalui situasi itu,namun FikRA ShUhada punya jiwa yang kental, punya semangat yang waja, punya mentaliti sehebat nama yang diberi,dia terus bangun dari dunia yang diciptanya sendiri, memasuki dunia yang REALITI.. Namun aku tahu, jiwanya masih sakit dan terluka...

FIKRA SHUHADA..

engkau perempuan terhebat, apa yang engkau lalui hanya lah sekadar PENGENALAN dalam dunia kehidupan, perjalanan mu masih terlalu jauh.. pandang lah ke hadapan, pandanglah wajah ayah dan ibu yang meletakan seribu harapan, dan pandanglah Allah yang selalu memudahkan urusan.. dan letakan lah cita-cita mu di puncak jaya.. dengan berbekalkan redha ayah dan ibu mu, maka redha tuhan mu menyusuri ruang hidup mu dalam mencapai cita mu yang satu...



INGAT LAH FiKra ShUHaDa..

berada di dunia percintaan seumpama engkau mundur terkebelakang, kerana mereka yang sedang dilamun cinta itu sedang dalam khayalan / imaginasi yang mereka cipta sendiri..tetapi sekiranya kita meletakan cinta pada ayah dan ibu, pada tuhan yang satu dan pada cita-cita yang padu..kita sebenarnya sudah seratus tahun lebih maju daripada mereka.. kerana objektif dan matlamat kita ialah kearah kebahagiaan kasih dan sayang yang akan dibina berdasarkan......

ISTIKHARAH CINTA...


Barisan Aksara : SuNataLizA...
Mesra Membimbing, Belaian Psikologi Menenangkan Tekanan Emosi