Sedikit perkongsian maklumat mengenai syarat-syarat kelayakan untuk kemasukan ke Tingkatan Enam Bawah (6 Bawah) di Sekolah Menengah Harian bagi tahun 2013.
Syarat Kelayakan
Syarat Am
Syarat Am
- Memperoleh kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM 2012.
- Umur calon mestilah tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang daripada 17 tahun pada 1 Januari 2013.
Syarat Mengikut Jenis Sekolah Dan Jurusan
Kemasukan ke Sekolah Menengah Harian
- Pelajar dari Sekolah Menengah Harian kerajaan.
- Memenuhi syarat untuk memasuki salah satu daripada jurusan yang disediakan seperti di bawah.
Jurusan Kemanusiaan
- Calon mesti memperolehi TIGA kepujian dan jumlah mata gred tidak melebihi 8 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik . Tiap-tiap satunya hendaklah daripada kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:
Kumpulan | Mata Pelajaran | |
I | Bahasa Melayu | |
II | Bahasa Inggeris | |
III | Kesusasteraan Melayu / Kesusasteraan Inggeris | |
IV | Sejarah | |
V | Geografi / Pendidikan Seni Visual | |
VI | Pendidikan Islam / Pendidikan Moral | |
VII | Matematik / Matematik Tambahan | |
VIII | Sains / Sains Tambahan / Applied Science | |
IX | Salah Satu Mata Pelajaran Teknik / Vokasional / Mata Pelajaran Vokasional (MPV) | |
X | Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran Dan Al Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah | |
XI | Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Bahasa Cina / Bahasa Tamil | |
XII | Sains Pertanian / Perdagangan / Prinsip Perakaunan / Ekonomi Asas / Ekonomi Rumah Tangga / Pengetahuan Sains Sukan |
- Calon-calon yang memperolehi jumlah mata gred 9 hingga 12 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik daripada TIGA kumpulan yang berlainan seperti tercatat di atas, layak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah dengan syarat terdapat kekosongan tempat di negeri berkenaan.
Jurusan Sains
- Calon mesti memperoleh sekurang- kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred yang tidak melebihi 18 unit. Tiap-tiap satunya hendaklah dalam kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:
Kumpulan | Mata Pelajaran | |
I | Matematik / Matematik Tambahan | |
II | Fizik | |
III | Kimia | |
IV | Biologi | |
V | Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Rekacipta / Teknologi Kejuruteraan / Teknologi Maklumat /Pengajian Agroteknologi / Pengurusan Makanan / Pengajian Pakaian. |
Kemasukan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan
- Pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama atau Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan.
- Memenuhi syarat untuk memasuki salah satu daripada jurusan yang disediakan seperti di bawah.
Jurusan Agama
- Calon mesti LULUS dalam mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi/ Bahasa Arab (Komunikasi).
- Calon juga mesti memperoleh TIGA kepujian dan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik. Tiap-tiap satunya hendaklah daripada kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:
Kumpulan | Mata Pelajaran | |
I | Bahasa Melayu | |
II | Bahasa Inggeris | |
III | Kesusasteraan Melayu / Kesusasteraan Inggeris | |
IV | Sejarah | |
V | Geografi / Pendidikan Seni Visual | |
VI | Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran Dan Al Sunnah | |
VII | Matematik / Matematik Tambahan | |
VIII | Sains / Sains Tambahan / Applied Science | |
IX | Salah Satu Mata Pelajaran Teknik / Vokasional / Mata Pelajaran Vokasional (MPV) | |
X | Pendidikan Syariah Islamiah | |
XI | Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) | |
XII | Sains Pertanian / Perdagangan / Prinsip Perakaunan / Ekonomi Asas / Ekonomi Rumah Tangga / Pengetahuan Sains Sukan |
- Calon-calon yang memperolehi jumlah mata gred 15 hingga 18 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik daripada TIGA kumpulan yang berlainan seperti tercatat di atas, layak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah dengan syarat terdapat kekosongan tempat di negeri berkenaan.
Jurusan Sains
- Bagi calon SMKA dan SABK aliran agama, penawaran ke jurusan Sains di Sekolah Menengah Harian akan diutamakan bagi calon yang memperoleh jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi tiga mata pelajaran terbaik daripada tiga kumpulan yang berlainan.
Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (Agama) di KISAS dan SMAP Labu
- Pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama atau Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan.
- Memenuhi syarat untuk memasuki salah satu daripada jurusan yang disediakan seperti di bawah.
Jurusan Agama
- Calon mesti mendapat KEPUJIAN sekurang-kurangnya C dalam mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi/ Bahasa Arab (Komunikasi).
- Calon juga mesti memperoleh TIGA kepujian dan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik. Tiap-tiap satunya hendaklah daripada kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:
Kumpulan | Mata Pelajaran | |
I | Bahasa Melayu | |
II | Bahasa Inggeris | |
III | Kesusasteraan Melayu / Kesusasteraan Inggeris | |
IV | Sejarah | |
V | Geografi / Pendidikan Seni Visual | |
VI | Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran Dan Al Sunnah | |
VII | Matematik / Matematik Tambahan | |
VIII | Sains / Sains Tambahan / Applied Science | |
IX | Salah Satu Mata Pelajaran Teknik / Vokasional / Mata Pelajaran Vokasional (MPV) | |
X | Pendidikan Syariah Islamiah | |
XI | Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) | |
XII | Sains Pertanian / Perdagangan / Prinsip Perakaunan / Ekonomi Asas / Ekonomi Rumah Tangga / Pengetahuan Sains Sukan |
- Calon-calon yang memperolehi jumlah mata gred 12 hingga 14 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik daripada TIGA kumpulan yang berlainan seperti tercatat dalam 2(A), layak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah dengan syarat terdapat kekosongan tempat di negeri berkenaan.
Jurusan Sains
- Bagi calon SMKA dan SABK aliran agama, penawaran ke jurusan Sains di Sekolah Menengah Harian akan diutamakan bagi calon yang memperoleh jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi tiga mata pelajaran terbaik daripada tiga kumpulan yang berlainan.
Syarat Mengikut Jenis Permohonan
Permohonan Rayuan Daripada Calon Sekolah Kerajaan
- Mereka yang memenuhi syarat di atas tetapi tidak mendapat tawaran ke Tingkatan 6.
- Mereka yang tidak memenuhi syarat di atas tetapi aktif di dalam penglibatan kokurikulum perlu memenuhi syarat berikut;
- Membuat rayuan ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan melalui pengetua sekolah asal murid dengan menggunakan borang T6BKK.
- Pertimbangan kelonggaran akan hanya mengambilkira penglibatan kegiatan kokurikulum pemohon dalam bentuk rekod bertulis.
- Umur calon tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang daripada 17 tahun pada 1 Januari 2013.
- Mendapat sokongan penuh daripada pengetua sekolah di mana murid mengambil peperiksaan SPM, termasuk perakuan rekod disiplin yang baik.
- Kelulusan Jabatan Pelajaran Negeri tertakluk kepada kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang dipohon.
- Semua rayuan yang diterima lewat tidak akan dipertimbangkan.
- Rayuan yang berasaskan sebab-sebab lain seperti kesihatan, keadaan sosio ekonomi atau perakuan azam dan kesungguhan tidak akan dipertimbangkan. Dalam kes seperti itu, calon dinasihatkan supaya mengambil semula peperiksaan SPM
Permohonan Daripada Calon Persendirian/Sekolah Swasta
- Calon persendirian/swasta SPM 2012 yang memohon memasuki Tingkatan Enam Bawah 2013 hendaklah menggunakan Borang T6BCP dan mengemukakannya ke Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.
- Permohonan yang diluluskan hendaklah memenuhi syarat-syarat kelayakan Sekolah Dan Jurusan seperti di atas.
- Masih terdapat kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang dipohon
Permohonan Mengulang Tingkatan Enam Atas 2013
- Calon sekolah kerajaan yang telah menduduki peperiksaan STPM 2012 tetapi ingin mengulang belajar di Tingkatan Enam Atas hendaklah membuat permohonan melalui pengetua sekolah. Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan hendaklah mempertimbangkan permohonan berdasarkan syarat-syarat berikut:-
- Umur tidak melebihi 21 tahun pada 1 Januari 2013;
- Memperoleh keputusan STPM 2012 bagi dua mata pelajaran dengan keputusan lulus sebahagian (Gred C-, D+ dan D) atau mendapat satu mata pelajaran lulus penuh (Gred A, A-, B+, B, B-, C+ dan C) dan satu mata pelajaran lulus sebahagian;
- Masih berkesempatan untuk mendaftarkan diri bagi mengambil peperiksaan STPM 2013 sebagai calon sekolah;
- Masih terdapat kekosongan tempat belajar di sekolah yang mempunyai Tingkatan Enam dalam negeri berkenaan; dan
- Mendapat sokongan dan persetujuan pengetua sekolah pusat Tingkatan Enam asal murid berdasarkan rekod disiplin murid.
- Kelulusan bolehlah diberi terus oleh Jabatan Pelajaran Negeri jika pemohon memenuhi semua syarat di atas.
- Tarikh tutup permohonan adalah tiga minggu selepas tarikh keputusan STPM diumumkan.
Permohonan Pertukaran Sekolah
- Dalam Negeri – mengikut tatacara biasa dan diputuskan oleh Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.
- Antara Negeri – pemohon perlu melapor diri terlebih dahulu di sekolah pusat Tingkatan Enam di mana murid telah ditempatkan, dan membuat permohonan pertukaran antara negeri melalui Pengetua sekolah tersebut seperti biasa. Keputusan adalah dibuat oleh Jabatan Pelajaran Negeri yang menerimanya. Permohonan hendaklah disertakan bersama satu salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan:
- Surat tawaran ke Tingkatan Enam Bawah;
- Keputusan SPM 2012;
- Kad pengenalan;
- Sijil Kelahiran; dan
- Jurusan dan pakej mata pelajaran yang diambil
- Semua pertukaran sekolah hendaklah menggunakan borang seperti Akta Pendidikan 1996 P.U. (A) 275 Jadual Ketiga.
- Dalam kes di mana calon telah berpindah lebih awal dari surat tawaran dikeluarkan. JPN yang menerima akan mengesahkan kelayakan dan membuat penempatan segera.
Permohonan Pertukaran Jurusan
- Permohonan pertukaran jurusan dari Jurusan Sains ke Kemanusiaan atau sebaliknya hendaklah dikemukakan melalui Pengetua kepada Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.
- Pihak Jabatan Pelajaran Negeri hanya dibenarkan memberikan kelulusan jika permohonan itu:
- Mendapat sokongan Pengetua; dan
- Calon berkenaan didapati layak masuk ke jurusan yang dipohon mengikut syarat-syarat yang ditetapkan di atas.
- Calon mesti mengisi inventori minat bagi menyokong permohonan untuk ke jurusan yang dipohon.
- Walau bagaimanapun, kelulusan bergantung kepada kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang berkenaan. Keputusan kelulusan sama ada berjaya atau tidak harus dimaklumkan kepada pemohon dalam masa 2 minggu daripada tarikh permohonan.
CARA PENGIRAAN WAJARAN
GRED SEDIA ADA
|
GRED BARU
|
NILAI MATA GRED
|
1A
|
A+ DAN A
|
1
|
2A
|
A-
|
2
|
3B
|
B+
|
3
|
4B
|
B
|
4
|
5C
|
C+
|
5
|
6C
|
C
|
6
|
7D
|
D
|
7
|
8E
|
E
|
8
|
9G
|
G
|
9
|
Semoga anda semua berjaya...